Saturday, April 25, 2015

Tugasan Mingguan

Tugasan 1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.


Tugasan 2
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.

Sila simpan bahan dalam bentuk:

i.  Fail internet
ii. Katalog internet


Tugasan 3
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.


Tugasan 4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik.

Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.

i.   10 bahan audio
ii.  10 bahan video
iii. 10 bahan teks
iv. 10 bahan grafik



Tugasan 5
Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


·      Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 
·      Prosedur pembinaan  laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

·      Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.




Tugasan 6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Membina perpautan dan penyusunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.



Minggu 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


Minggu 8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian


Minggu 9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman


Minggu 10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Thursday, February 5, 2015

Pengenalan


Pengenalan

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kursus major untuk pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). 


SINOPSIS


Kursus ini menjelaskan tentang Penggunaan Internet, Pemilihan Bahan Internet, Laman Web, dan Tapak Pembelajaran; Perpautan dalam Penyusunan Bahan, Perpautan Antara Bahan; Pengeditan Bahan Pengajaran secara On Line; Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bahan Internet; Simulasi Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video; Penggunaan Alat Pengarangan; Animasi dalam Persembahan Bahan; dan Penggunaan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu