Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
ETIKA KOMPUTER
|
Etika
komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul
(panduan).
|
Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian
adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan
etika yang sering berlaku iaitu:
· Penggertak
· Penyalahgunaan internet
· Virus
· Hak cipta
· Perisian cetak Rompak
Penggertak:
R
Cracker
ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem
yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
R Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi
menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
R
Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak
implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
R Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
R
Memuat
turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi
undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
R
Maklumat
yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan
secara tulisan dan audio visual
PRINSIP
ETIKA KOMPUTER
o
Keseimbangan
o Keizinan
temaklum
o
Keadilan
o
Meminimumkan
risiko
1.
Keseimbangan
(proportionality):
|
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mesti lebih
baik daripada risiko dan keburukan.
2.
Keizinan
termaklum (informed consent):
| Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham
dan menerima risiko yang akan dihadapi.
3.
Keadilan
(justice):
|
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih
secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan
kepada yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
4.
Meminimumkan
risiko (minimised risk):
| Jika ketiga-tiga panduan (keseimbangan, keizinan,
termaklum dan keadilan) diterima, teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan
mengelak risiko yang tidak berkaitan. Banyak risiko etika yang mungkin timbul
apabila melaksanakan teknologi maklumat yang mengakibatkan salah maklumat,
melanggar keperibadian dan pencemaran persekitaran.
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER
1. Tidak
menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak
mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak
menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak
menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak
menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7.
Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9.
Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
No comments:
Post a Comment