Membina Bahan Video dan
Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang
menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan
ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat
murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan
Peringkat Pengajaran dan Kemahiran Bahasa.
Sebelum membina
bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat
beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan
dengan
(i)
Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran
bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
+
Peringkat pengajaran
bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan
audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai
penggunaan bahan video dan audio.
+
Peringkat pengajaran
boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya penentuan
peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam
menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(ii) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran
berbahasa mengandungi empat kemahiran di bawahnya iaiatu kemahiran
mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk
pengajaran bahasa Melayu perlu mengambil kira kemahiran berbahasa ini sebelum
membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu
memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca,
guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantu mengajar pada hari
itu kerana ianya tidak relevan.
+
Menentukan prinsip
pembinaan bahan video dan audio.
+
Pendedahan kepada
garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan
multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan
bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio
Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan
audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan
makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan
P&P.
+ Pastikan teks yang digunakan ringkas
tetapi padat.
+ Gunakan typeface dan fon yang
bersesuaian.
+ Pastikan teks boleh dibaca dari
jarak yang sesuai.
+ Pemilihan jenis tulisan dan warna
teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
+ Pastikan fon yang digunakan sedia
ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada
pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar,
lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
+
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
+
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam
bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat,
menarik dan berkesan.
+
Memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin
disampaikan.
Penggunaan elemen audio
+
Audio atau
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik,
suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau
kesan audio istimewa.
+
Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali
bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu.
Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang
menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan
elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan
paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video
berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat
dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen
animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu
objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang
pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap
objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau
imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan
animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi
penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton
difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks
secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau
perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk
dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses
pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan
persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran
yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun
kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video
Dan Audio
Terdapat
pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video.
Antaranya ialah:
(i)
Membina bahan video
Langkah
|
Huraian Langkah
|
Langkah
1
|
Membuka perisisan
movie maker
|
Langkah 2
|
Mengimport gambar
terlebih dahulu dengan menekan import
picture
|
Langkah 3
|
Seterusnya, anda
harus membuka storyboard. Gambar yang diimport tadi ditarik atau “drag” ke
dalam kotak storyboard ini.
|
Langkah 4
|
Setelah gambar
dimasukkan, anda boleh meletakkan muzik, kesan, dan tajuk dalam story board
untuk mendapat video yang menarik.
|
Langkah 5
|
Projek video itu
kemudian disimpan. Projek tersebut
dinamakan failnya untuk memudahkan pencarian bahan.
|
(ii)
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan
audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih.
Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk
memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
No comments:
Post a Comment